Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Wednesday, April 27, 2005
Bab 7 - Khairul

Televisyen yang terpasang tidak sedikitpun menarik minatku untuk melihatnya. Sebaliknya aku lebih senang berbaring dan merenung ke siling rumahku. Terasa sunyi mencengkam hidupku. Kalau dahulu, waktu-waktu begini Linda menemaniku menonton televisyen. Dia akan membuat milo panas buatku. Sambil menonton, dia akan memicit-micit kepalaku. Dia memang seorang isteri yang baik. Tapi....

Arghhh.... kenapa sampai sekarang aku bagaikan terasa dia sentiasa berada di sisiku. Kadang-kala bagaikan terasa kehadirannya di sisiku, hangat! Aku sudah seperti gila mengejar bayangnya. Oh Linda, abang rindukan Linda. Kenapa Linda tinggalkan abang? Tinggal Farhan dan Azim, anak-anak kita? Kenapa Linda?

Setitis air mataku menitis di pipi. Segera aku kesat. Aku lelaki. Sepatutnya aku kuat dan tabah. Anak-anakku masih kecil. Mereka masih memerlukan aku. Tapi, mereka juga perlukan kasih sayang seorang ibu. Tapi, siapa yang layak menggantikan tempat Linda. Aku tidak yakin, ada perempuan lain yang sebaik dan selembut Linda. Aku tidak mahu anak-anakku disiksa oleh ibu tiri mereka. Memarahi mereka pun aku tidak sanggup, inikan pula mahu memukul atau mencubit. Seekor nyamuk pun tidak akan kubiarkan menggigit dan menghisap darah anak-anakku. Aku terlalu menyayangi anak-anakku. Merekalah satu-satunya tinggalan Linda buatku.

Mungkin, Farah boleh menggantikan tempat Linda! Tingkah-lakunya saling tak tumpah sepertimu Linda. Setiap kali aku melihat Farah, sedikit sebanyak akan terubat rinduku buatmu, Linda. Tapi, mahukah Farah menerima aku? Seorang duda beranak dua sedangkan dia masih lagi anak dara? Mahukah dia menjaga Farhan dan Azim nanti? Aku... aku buntu... arggghhhhh....... Tapi aku perlu mencuba. Aku pasti mencuba...

Sepantas kilat aku mencapai telefon lalu menekan nombor telefon Farah. Hatiku berdebar-debar. Lama aku menati, tapi tiada siapa yang menyambut. Jam di dinding berdenting. Mataku melirik ke dinding. Pukul dua pagi. Hmmm... patutlah tak berangkat. Dia sudah tidur. Aku juga yang bodoh sebab tak sabar-sabar. Aku tak boleh begini, nanti Farah akan menjauhkan diri daripadaku. Sepatutnya aku mendekatinya dengan perlahan-lahan. Tidak terlalu mendesak. Nanti aku juga melepas.

Dah dua pagi. Esok hendak ke pejabat. Baik aku masuk tidur dulu.


Posted at 12:49 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry