Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Thursday, April 28, 2005
Bab 8 - Khairul

Hujung minggu itu aku membawa pulang Farhan dan Azim untuk menemui datuk dan neneknya. Aku bertolak pada pukul 10 pagi dan lebih kurang pukul 2 petang aku sampai ke rumah emak. Kepulangan kami disambut gembira oleh mereka. Yalah, sudah hampir tiga bulan aku tidak pulang ke kampung kerana sibuk menyelesaikan kerja di cawangan yang baru.

Sewaktu minum petang, kami sekeluarga selalunya duduk beramai-ramai di halaman rumah. Tambahan pula halaman rumah emak dibina satu taman kecil. Ayah yang bertangan kreatif, membuat taman kecil tersebut. Emak pula yang menanam pokok-pokok di situ. Terdapat juga kolam kecil dan air terjun bertingkat kecil yang dibina oleh ayah membuatkan persekitaran di situ begitu menyamankan. Farhan dan Azim, aku biarkan mereka bermain sesama mereka.

"Kesian ayah tengok budak-budak tu. Carilah pengganti mama mereka. Walaupun ayah tahu kau boleh menjaga dan membesarkan mereka sendiri, tapi lebih baik mereka membesar di bawah kasih sayang seorang ibu." Ayah memandang wajahku. Aku hanya tersenyum sedikit lalu melemparkan pandanganku ke arah emak yang sedang menatang sedulang air dan juga kuih seri muka.

"Jemput minum ayahnya, Khairul." Emak menuang air teh ke dalam cawan lalu menghulurkan kepada ayah. Ayah menyambut cawan dari tangan emak lalu menghirup sedikit teh yang masih lagi berasap. Kemudian emak menuangkan teh ke dalam satu lagi cawan lalu menghulur kepadaku. Aku menyambutnya lalu meletakkannya semula.

"Farhan... Azim... mari minum dengan atuk dan opah!!" Laung emak kepada cucu-cucunya. Tak lama kemudian, terkedek-kedek kedua-dua beradik itu berlari mendapatkan kami bertiga di meja. Farhan terus menerkam kepada atuknya. Azim pula mendapatkan aku. Lantas aku mengangkatnya dan kududukkan dia di pangkuanku.

"Atuk, ari tu papa bawak A’an jumpa awan mama." Aku terpana sebentar. Takku sangka Farhan akan bercerita pertemuan aku dengan Farah.

"Iya? Siapa?" Ayah kelihatan berminat untuk mengetahui. Ayah berpaling kepadaku lalu tersenyum.

"Auntie..." Jawab Farhan lalu tersenyum. Ayah turut tersenyum lalu melayan cucunya itu minum petang.

Aku memandang muka emak. Ada ketegangan di wajahnya.

"Kau bawa budak-budak nie jumpa siapa?" Perlahan tapi tegas. Itulah perangai emak yang amat kukenali apabila ada sesuatu yang tidak disukainya.

Hatiku mula berdebar-debar. "Farah, kawan lama kami dulu. Dulu kami sepejabat, tapi dia berhenti sebab dapat kerja di KL. Tak sangka pula bila saya kerja di KL, bertembung dengan dia. Bahkan kami satu bangunan, cuma berlainan tingkat sahaja." Terangku perlahan.

"Sampai bawak anak-anak, ada apa-apa ker?" Giliran ayah pula menyoal aku. Tapi belumpun sempat aku menjawab, emak sudah mencelah.

"Kau dah dapat pengganti mama mereka ke?" Masam sahaja muka emak.

"Secara kebetulan kami berjumpa." Balasku lalu menghirup teh dari cawan. Aku menyibukkan diri dengan menyuap Azim kuih seri muka.

"Kubur Linda tu masih merah lagi. Cepatnya kau cari pengganti. Kau dah tak sayang pada Linda?"

"Emak... Saya tetap sayangkan dia. Dia tetap ibu kepada anak-anak saya. Tapi, takkan saya nak biarkan Farhan dan Azim membesar tanpa kasih sayang seorang ibu."

"Aku boleh jaga cucu-cucu aku. Kau saja yang tak mahu beri aku jaga!" Bila emak sudah membahasakan dirinya 'aku', itu tandanya dia sedang marah. Aku cukup susah hati bila emak begini.

"Awak nie... takkanlah nak biarkan budak-budak nie tak beremak. Biarlah Khairul kawin lain. Lagipun dia muda lagi. Yang awak macam tak suka kenapa?" Suara ayah juga berlainan. Mungkin seperti aku yang tidak memahami perasaan emak.

"Linda tu baru sahaja meninggal. Takkanlah dan nak kawin lagi. Apa kata besan kita nanti. Cepat sangat nak cari pengganti anak mereka." Emak masih mempertahankan tindakannya menghalang aku daripada berkahwin lain.

"Itu kata awak, entah-entah mereka tak kisah asalkan cucu-cucu kita nie dapat emak tiri yang baik, sudahlah." Balas ayah pula. Aku hanya mendiamkan diri.

"Takkan ada emak tiri yang layan anak tiri baik-baik. Mula-mula baiklah, lama-lama dideranya cucu-cucu kita nie. Tambah pula bila dah ada anak sendiri. Mereka nanti, dibiarkan saja. Entah-entah tak diberi makan, dibiarkan kelaparan." Sungguh teruk penyakit buruk sangka emak nie. Kadang-kadang aku jadi gerun. Aku belumpun menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lain, tapi emak sudah awal-awal lagi menunjukkan rasa tidak suka. Aduh... kes berat nie!

"Emak, yang emak marah-marah nie kenapa? Saya tak ada pun cakap nak kawin lain." Aku bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Yalah, buat masa sekarang... esok-esok, siapa tahu!" Balas emak lalu bangun dan menuju ke taman kecil di hadapan kami.

"Kau jangan layan sangat 'angin' mak kau tu. Perempuan, biasalah. Bab-bab kawin lain nie, sensitif." Aku ketawa kecil mendengar kata-kata ayah.

"Lawa tak kawan mama?" Ayah kembali menyoal Farhan yang sedang leka memasukkan kuih ke dalam mulutnya.

Farhan hanya menganggukkan kepalanya kerana mulutnya penuh dengan kuih. Ayah ketawa melihat gelagat cucunya itu.

"Kalau kau rasa dia sesuai untuk gantikan tempat Linda, teruskan saja."

"Siapa?" Soalku spontan.

"Farah." Terkedu aku mendengarnya. Tak sangka pula ayah mengambil serius berkenaan hal ini. Aku sendiri pun masih berkira-kira untuk membuat keputusan.

"Nanti, bila kau balik ke sini lagi... bawalah dia bersama." Sambung ayah lagi. Mulutku bagaikan terkunci. Langsung tidak membalas kata-kata ayah.

"Pa, mama? Mama?" Azim bersuara dari pangkuanku.

"Kenapa dengan Azim tu?" Ayah menyoal kehairanan. Selalunya Azim kurang bercakap. Tapi, kerap kali Azim menyebut perkataan 'mama' kepadaku. Agaknya dia rindukan Farah.

"Agaknya dia rindukan Farah kot?" Jawabku teragak-agak.

"Kenapa pula?"

"Hari saya pertemukan mereka dengan Farah, Azim nie macam dah melekat dengan Farah. Langsung tak mahu pada saya. Asyik mahu Farah sahaja mendukungnya. Jumpa saja terus dipanggilnya Farah tu mama. Terkejut juga saya. Agaknya, dia terlalu rindukan mama dia." Terangku dengan jelas.

"Nampak macam ada keserasian pada mereka. Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya mereka dapat menumpang kasih seorang ibu dari Farah. Jangan tunggu lama-lama Khairul..." Ayah nampaknya tidak sabar-sabar.

"Ayah nie. Kami bukannya ada apa-apa. Lagipun takkanlah Farah mahukan saya. Sudahlah duda, ada anak pula."

"Hati perempuan Khairul, sukar dijangka. Apa-apa pun cuba dululah." Ayah memberi semangat kepadaku.

"Tapi, mak..."

"Pedulikan emak kau tu. Tahulah ayah memujuknya." Yakin sungguh ayah ketika mengeluarkan kata-katanya itu.

AKu menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Susah nie! Farah tak tahu menahu pun lagi. Ayah bagaikan mahu meminang Farah secepat mungkin. Masalah besar nie.

"Errr... Khairul." Panggil ayah.

"Iya?" Aku menyahut.

"Farah tu sudah berpunya ke belum?" Pertanyaan dari ayah menyentak dadaku. Kenapa aku tidak terfikir akan hal itu sebelum ini. Aku sibuk-sibuk mahukan dia menjadi ibu kepada Farhan dan Azim tetapi tidak pula aku terfikir samada dia sudah punyai kekasih atau pun tidak. Entah-entah tunangan orang.

"Baik pastikan dahulu status dia, Khairul." Ayah menyambung katanya apabila melihat aku terpinga-pinga. Aku menganggukkan kepalaku perlahan. Jikalau tadi, hatiku begitu bersemangat tapi sekarang... bagai terhempas di atas batu.

Tapi... belum cuba, belum tahu...


Posted at 04:23 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry