Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Monday, August 01, 2005
Bab 16-Khairul

Aku memandang wajah muram Farah di hadapanku. Aku tahu tentu dia berasa amat sedih dengan layanan buruk yang diberikan oleh emak buatnya. Macam-macam disindirnya Farah hingga hampir menangis wanita ini dibuatnya.

"Farah, are you OK?"

Dia berpaling ke arahku. Tiada jawapan yang keluar dari bibir nipisnya, hanya gelengan kepala dan senyuman hambar.

Semalam, selepas makan malam, aku bergegas pulang kembali ke ibukota walaupun emak dan ayah menghalang. Aku memberi alasan bahawa aku ada kerja yang perlu dibereskan sebelum hari Isnin. Setelah melihat ketegasanku, mereka melepaskan kami pulang dengan syarat, aku perlu tinggalkan Farhan dan Azim. Pada mulanya aku agak terkejut dengan permintaan emak. Tapi, aku ikutkan kata emak dengan hati yang berat. Azim menjerit-jerit mahu mengikut kami pulang. Yang sebenarnya dia mahu bersama dengan Farah. Tetapi, emak cepat-cepat membawa masuk Azim ke dalam rumah tanpa sempat bersalam dengan aku dan Farah.

Aku tahu Farah tidak betah tinggal di rumah emak walaupun sesaat. Dia tersinggung dengan sikap emak. Tapi, tidak sekali-kali dia menyuarakannya. Dia hanya mendiamkan diri. Sikapnya itu membuatkan aku semakin dihimpit perasaan bersalah.

Aku tidak menyangka emak akan memberi layanan sebegitu pada Farah. Puas disindir, bermacam-macam amaran diberikan sebagai syarat untuk menjadi isteriku. Farah hanya menganggukkan kepala walaupun aku tahu dia tertekan dengan kata-kata emak.

"Aku rasa, kita tak patut teruskan apa yang kita rancangkan." Tiba-tiba sahaja Farah bersuara setelah hampir setengah jam dia mendiamkan diri. Pandangannya dilemparkan jauh ke tasik di hadapannya.

Terpempan aku seketika. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Farah.

"Apa maksud kau?" Soalku untuk meminta kepastian.

"Kau faham maksudku." Balasnya lalu mengeluh.

Aku terdiam. "Aku sudah nekad untuk mengambil kau sebagai isteri dan ibu buat anak-anakku. Tentang emak aku, kau jangan risau. Perangai dia memang begitu. Sewaktu aku mahu mengahwini Linda dulu pun, begini jugalah sikapnya. Kau sendiri sedia maklum dengan perangai emak aku. tapi, siapa sangka Linda akhirnya menjadi menantu kesayangan emak. Walaupun perangainya begitu, tapi sebenarnya emak baik hati."

"Aku bukan Linda dan aku tak boleh jadi seperti Linda." Perlahan sahaja dia bersuara. Ada air mata mengalir di pipi mulusnya.

"Sebelum keadaan jadi semakin teruk, baik aku undur diri." Sambungnya lagi.

"Farah!! Please… jangan macam nie. Tiada siapa lagi yang layak menjadi ibu buat Farhan dan Azim."

"Ada, cuma kau tak berjumpa."

"Aku sudah berjumpa dan orang itu adalah kau!"

"Tapi, emak kau…" Kata-katanya terhenti di situ.

"Farah…" Panggilku lembut. Aku menghampiri dirinya yang sudah teresak-esak. Aku peluk bahunya untuk mententeramkan perasaannya.

"Ada emak kata dia tidak benarkan kita berkahwin?" Soalku lembut.

Dia hanya menggelengkan kepalanya.

"So, dia hanya mahu menguji samada bakal menantunya ini tahan atau tidak dengan cabaran menjadi menantu Puan Halimah dan Encik Said. Percayalah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Kau sendiri dengar tadi. Ayah aku akan pergi merisik kau dalam masa sebulan lagi. Kemudian, kita akan terus bertunang. Tiga bulan kemudian, kita akan dinikahkan dan hidup bersama-sama. Kau jangan takut. Aku akan sentiasa di samping kau, ok?" Aku cuba memujuk Farah. Aku tahu fikirannya tidak menentu dan dia perlukan sokongan dari aku.

Sebenarnya aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku katakan ini. Aku tahu, walaupun emak memberi persetujuan untuk aku berkahwin dengan Farah, ini tidak bermakna emak dapat menerima Farah sebagai menantunya. Farah perlu berusaha keras untuk memenangi hati emak seperti yang pernah arwah Linda lakukan.

Antara Farah dan Linda, tidak banyak yang berbeza dari segi perangai dan penampilan. Farah tidak mengenakan tudung seperti Linda. Walaupun begitu, dia tetap menyempurnakan suruhan Tuhan iaitu bersolat serta ibadah-ibadah wajib yang lain. Cuma satu sahaja sikap Farah yang arwah Linda tidak senangi iaitu dia tidak suka menunjukkan perasaannya. Segalanya akan dipendamkan sahaja di dalam hati. Aku takut dengan sikapnya yang begitu, akan merumitkan keadaan.

"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Tenangkan hati dan berdoalah agar jodoh kita cepat disatukan." Ucapku lalu merenung matanya yang digenangi air mata.

"I hope so…" Balasnya lemah.

Aku mengucup ubun-ubunnya lalu mengajaknya pulang.

Emak… ku harapkan agar dikau menerima Farah sebagai menantumu agar dia dapat menjalankan tugas arwah yang tidak sempat disempurnakan.

Posted at 12:01 am by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry