Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Monday, August 01, 2005
Bab 18-Khairul

Sudah lima hari aku bergelar suami kepada Farah. Dalam tempoh itu, kami tinggal di rumah emak. Nampaknya Farah disenangi oleh sanak saudaraku. Mungkin keperibadiannya hampir sama seperti Linda, membuatkan dia mudah diterima masuk di kalangan saudara maraku. Cuma emak sahaja yang menjadi masalah. Farah kadang kala amat berhati-hati dalam perbuatan dan tutur katanya. Takut jika perbuatan dan percakapannya akan menaikkan kemarahan emak. Kasihan isteriku itu…

"Mak, ayah, abang… jemputlah makan. Farah hendak kejutkan Farhan dan Azim." Farah mempelawa kami makan sarapan pagi. Semenjak dia berada di sini, segala urusan masak-memasak dia yang mengambil-alih.

Dia menuangkan air kopi ke dalam tiga cawan lalu diletakkan di hadapan aku, ayah dan emak. Emak hanya memerhatikan tingkah laku Farah, seolah-olah menanti sahaja wanita itu melakukan kesalahan dan bersedia untuk menyindir. Sama seperti waktu aku mula-mula mengahwini Linda dahulu. Aku tersenyum sendirian mengenang sikap emak.

"Apa yang kau senyumkan tu Khairul? Teringat sesuatu yang indah?" Usik ayah kepadaku. Ayah memang begitu, memang mesra dengan aku dan juga Farah. Ada sahaja akalnya untuk mengusik kami, pengantin baru.

"Tak adalah. Saya rasa lucu dengan emak nie." Jawabku lalu menghirup kopi panas yng disediakan oleh Farah. Terasa lega apabila kopi itu melalui kerongkongku.

"Kenapa pula kau gelakkan emak?" Soal emak terpinga-pinga.

"Mana taknya, awak tengok menantu awak nie macam seorang pengadil yang sedang melihat peserta pertandingan memasak serta menghidang sarapan pagi." Jawapan yang keluar dari mulut ayah menyebabkan aku dan ayah ketawa besar. Emak pula hanya mencebik. Farah pula kelihatan tersenyum-senyum sahaja. Tidak berani hendak ketawa seperti kami. Mungkin takut dijeling oleh emak.

"Farah, marilah minum sekali. Sekejap lagi bangunlah si Farhan tu." Ajak ayah kepada Farah yang setia berdiri di sebelahku.

"Yalah Farah. Marilah kita minum sekali." Pelawaku juga lalu menarik tangannya.

"Tak mengapalah abang, ayah. Nanti siapa pula hendak temankan Farhan makan." Dalihnya pula.

"Habis, abang siapa yang nak temankan?" Usikku. Pipinya mula kemerah-merahan menahan malu diusik di hadapan emak dan ayah. Satu cubitan lembut diberikan pada lenganku. Ayah hanya tersenyum senang melihat kemesraan kami. Emak pula hanya menjeling, meluat.

"Hai, baru-baru kahwin bolehlah layan Farhan dan Azim tu selalu. Nanti bila dah bekerja semula, muka budak-budak tu pun tak dijenguk. Sibuk memanjang." Emak mula menyindir Farah. Berubah air muka Farah seketika. Tetapi, dia cuba tersenyum untuk menutup perasaan sedihnya.

"Mamaa…" Kedengaran laungan dari Azim. Sejak kami berkahwin, memang Azim dan Farhan tidur sebilik dengan kami. Farah sedikit pun tidak menunjukkan perasaan kurang senang. Malah anak-anakku dilayan dengan penuh kasih sayang. Aku tahu, aku perlu berterus-terang dengan keadaan kami apabila pulang ke ibukota kembali untuk menyambung tugas.

Terkocoh-kocoh Farah menuju ke bilik untuk melihat Azim. Sejak menjadi isteriku, dia tidak pernah duduk diam. Setiap ketika dia melayan karenah anak-anakku yang mahu diberi perhatian. Farhan dan Azim seolah-olah berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian serta kasih sayang dari mama bru mereka. Aku begitu sedih melihat keadaan anak-anakku yang ketandusan kasih seorang ibu di dalam hidup mereka. Aku berharap dengan kehadiran Farah, akan membuatkan sinar kebahagiaan dan keceriaan akan menerangi semula keluarga kami.

"Limah, kenapa dengan awak? Ada saja perbuatan Farah yang tidak kena di mata awak. Cubalah awak belajar terima dia. Saya tak nampak cacat cela pun perangai Farah. Sedikit tidak ubah seperti arwah Linda dulu. Malah, Farhan dan Azim dibelai dengan penuh kasih sayang." Ayah bersuara setelah melihat Farah menghilang ke tingkat atas. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mencelah kata-kata ayah.

"Baru-baru kahwin, bolehlah tunjuk baik. Lagipun berada depan kita. Bila dia sudah ikut Khairul balik, entah apa dibuatnya pada cucu-cucu kita tu!" Emak tetap berprasangka terhadap Farah.

"Entahlah, saya dah tak tahu nak kata apa pada awak. Cakap saya sebagai suami awak pun awak ingkar, inikan pula mahu orang lain ikut kata awak. Dari dengar awak bersungut pasal Farah, baik saya makan nasi lemak yang Farah buat nie, lagi bagus. Sedap pula. Kalah awak. Awak buat pun tak sesedap ini." Kata ayah sengaja menyakiti hati emak. Emak hanya mencebik. Dia menyendukkan nasi lemak dan dihulurkan kepada ayah.

Aku mengeluh perlahan. Ketika aku mahu menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan, Farah turun dari tangga sambil mendukung Azim dan memimpin Farhan.

"Dah bangun anak-anak papa?" Ucapku lalu melemparkan senyuman pada mereka.

Farah hanya tersenyum lalu menghampiri kami. Dia meletakkan di dalam kerusi khas untuk kanak-kanak. Farhan pula sudah berdiri di atas kerusi di sebelahku. Mulutnya becok mahu makan nasi lemak. Bahagia aku melihat keceriaan yng terpancar di wajah anak-anakku.

"Sedap nasi lemak dan sambl tumis ikan bilis yang Farah masak nie. Tambahan pula ada rendang daging, bertambah-tambah sedap dibuatnya. Kalau tak takkan emak kamu nie dah tambah nasi untuk round kedua." Ucap ayah ketika melihat emak menambah nasi lemak ke dalam pinggannya. Emak tidak menjawab, sebaliknya hanya menjeling kepada ayah.

Aku hanya tersenyum. Walaupun emak tidak begitu menyenangi Farah, tetapi apa sahaja yang dimasak oleh Farah, bagaikan sesuai benar dengan tekaknya. Walaupun dia tidak pernah memuji masakan menantu barunya ini, tapi aku tahu emak memang menyukai masakan isteriku ini. Cuba kerana ego, dia tidak pernah meluahkannya.

Aku akui, Farah memang pandai memasak. Sewaktu aku masih bertunang dengan Linda dahulu, selalu juga aku bertandang ke rumah mereka untuk makan tengahari apabila hari cuti. Mereka pula menyewa serumah, maka bertambah rapatlah jalinan persahabatan di antara kami bertiga. Di antara Linda dan Farah, Farah lebih handal memasak berbanding Linda yang lebih kepada kreatif mengemas rumah. Bukannya aku cuba membanding-bandingkan kelebihan yang ada pada kedua-dua wanita itu, tapi kenyataan! Farah memang handal memasak.

Aku hanya melihat Farah melayani Azim makan. Farhan pula aku biarkan makan sendiri. Umurnya sudah mencecah tiga tahun. Sudah pandai serba sedikit untuk makan sendiri. Tetapi sejak Farah menjadi mamanya, perangainya lebih manja. Mungkin cemburu melihat adiknya lebih diberi perhatian. Farah yang mungkin perasan aku memerhatikannya, mendongak membalas pandanganku. Aku hanya tersenyum, dia membalas senyumanku lalu menumpukan kembali perhatiannya pada Azim. Aku menghela nafas kelegaan.

 


Posted at 12:03 am by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry