Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Monday, October 10, 2005
Bab 26 - Khairul


"Abang..." Farah menyapaku ketika aku sedang berehat sambil membaca suratkhabar di ruang tamu. Aku mengangkat muka untuk memandang wajahnya. Tika itu dia duduk berhadapan denganku. Farhan dan Azim dibiarkan menonton cerita kartun di televisyen.

"Ada apa Farah?" Balasku lalu melipat suratkhabar. Kini aku menumpukan perhatianku kepadanya.

"Em... Farah ingat nak ajak abang balik ke rumah emak Farah sekejap. Emak tak berapa sihatlah bang. Niat hati nak pergi menjengah, boleh?" Wajahnya berkerut-kerut seolah-olah untuk memancing simpatiku. Dia kelihatan gelisah. Sejak peristiwa malam itu, kami sudah jarang bercakap. Bukannya kami bergaduh. Cuma aku sendiri yang seperti menjauhkan diri darinya.

Sudah berkali-kali aku mengguris hatinya, tetapi dia tetap taat menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Kerja-kerja rumah tidak pernah diabaikan. Aku pula yang semakin tertekan dengan sikapnya begitu. Dia seolah-olah sengaja membuatkan aku rasa bersalah pada diri sendiri. Bersalah kerana mensia-siakan dia dan bersalah kerana menyeksa dia di dalam perkahwinan ini.

Pernah juga aku terfikir untuk melepaskannya, tapi apabila mengenangkan apa akan terjadi pada nasib anak-anakku, aku batalkan sahaja niatku. Teruk sangatkah aku kerana mementingkan diri begini?

"Macam mana bang, boleh?" Farah kembali bersuara apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

"Hm... boleh. Farah pergilah bersiap-siap. Sekejap lagi kita balik." Apabila mendengar persetujuanku, dia terus bingkas melangkah pantas menaiki tangga. Aku pula mahu kembali membaca suratkhabar. Tetapi belumpun sempat aku mencapai suratkhabar di atas meja, telefon berdering. Aku mengangkat ganggang telefon yang berada di sebelah kiriku.

"Hello, Assalamualaikum." Aku menyapa sambil membetulkan kedudukanku agar lebih selesa.

"Waalaikummussalam. Hah, Khairul! Ayah nie." Suara ayah kedengaran cemas.

"Ada apa ayah? Cemas saja." Jantungku mula berdebar kencang.

"Mak kamu." Suara ayah terhenti seketika. Kedengarannya seperti tercungap-cungap.

"Mak? Kenapa dengan mak?" Dadaku berdebar lebih kencang lagi. Sesuatu telah berlaku pada emak?

"Mak kamu masuk hospital. Cepat balik kampung." Terkedu aku dibuatnya. Sebelum ini, emak tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius hinggakan perlu mendapat rawatan lanjut di hospital.

"Hah, apa kamu tunggu lagi. Cepat balik!" Suara ayah meninggi membuatkan aku tersentak.

"Ba... baik ayah. Kami balik sekarang. " Ucapku lalu meletakkan ganggang ke tempatnya semula. Kemudian aku bergegas ke atas untuk memberitahu Farah.

Kuketuk pintu biliknya sambil memanggil namanya. Tidak beberapa saat, dia muncul di sebalik daun pintu. Aku menjenguk ke dalam biliknya. Di atas katilnya sudah terletak sebuah beg pakaian yang sudah siap di kemas.

"Cepat kemas apa yang patut. Kita balik kampung sekarang juga." Kataku kemudiannya hendak berpusing.

"Kenapa bang? Emak masuk hospital." Aku menjawab.

"Emak masuk hospital?" Matanya terbeliak mendengar kata-kataku.

"Mana abang tahu?"

"Ayah telefon tadi." Jawabku.

"Ayah? Tapi, semalam mak kata cuma..." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku cepat-cepat memintas.

"Ini emak abang. Emak abang masuk hospital. Kita tak boleh kampung Farah sekarang. Kita balik kampng abang." Tegas sekali kata-kataku. Dia nampak cemas.

"Emak sakit apa bang?"

"Abang tak tahu. Cepat sikit mengemas tu." Aku terus berpaling menuju ke bilikku untuk mengemas pakaianku. Belum sempat aku membuka almari, pintu bilikku sudah dibuka. Tersembul wajah Farah di ambang pintu bilikku.

"Tak mengapa bang, biar Farah kemaskan pakaian abang. Abang pergilah tukar pakaian Farhan dan Azim." Aku hanya menganggukkan kepalaku. Lantas aku bergegas ke ruang tamu untuk mengambil Farhan dan Azim lalu ku bawa ke atas semula dan masuk ke dalam bilik mereka.

Apabila aku sudah siap menukar pakaian Farhan dan Azim, Farah sudah siap mengemas beg pakaianku. Melihatkan dia sudah bersedia, kami sekeluarga segera bertolak.

Di dalam kereta, keadaan sunyi sahaja. Kepalaku berserabut. Bagaimana keadaan emak sekarang ini? Apa penyakitnya sehingga perlu di bawa ke hospital? Seriuskah penyakitnya itu? Perlukan pembedahan?

 

Argghhh!!  berlegar-legar persoalan di mindaku.

"Abang, perlahan sedikit!" Kedengaran suara Farah menegurku. Aku tahu, aku memandu laju lebih daripada biasa.

Aku hanya menganggukkan kepala lalu memperlahankan sedikit kelajuan keretaku.

"Farah, abang minta maaf sebab tak dapat pulang ke kampung jumpa emak Farah. Tapi, abang janji selepas memastikan keadaan emak, kita balik ke kampung Farah ya!"

"Tak apalah bang. Emak Farah cuma pening-pening saja. Mungkin darah tingginya datang kembali. Emak abang lebih penting sekarang sebab sudah di masukkan ke dalam wad. Agak-agaknya, apa penyakit emak tu bang?" Aku menghela nafas kelegaan apabila Farah tidak kisah kerana terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang menziarahi emaknya. Dia memang seorang wanita yang baik.

"Entahlah, abang pun tak tahu. Emak jarang mengadu sakit. Cuma kadang-kala dia mengadu pinggangnya sakit. Tapi, tak pernah mahu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Emak hanya meminta ayah membelikan ubat di farmasi. Selepas makan ubat, sakit di pinggangnya akan baik semula." Aku menjelaskan kepadanya. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Sekali-sekala dia menjenguk ke belakang untuk melihat Farhan dan Azim. Tapi, nampaknya anak-anakku itu sudah terlena.

Keretaku laju meluncur di atas jalanraya. Suasana kemudiannya kembali sepi. Farah sendiri sudah terlena di sebelahku. Aku terus memandu dengan tenang menuju ke utara.

Posted at 01:42 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry