Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Monday, October 10, 2005
Bab 28-Khairul

Sudah hampir tiga jam Farah dimasukkan ke dalam bilik bedah. Aku bersyukur kerana buah pinggang Farah sesuai untuk didermakan kepada emak. Dan sekarang dia sedang dibedah untuk mengeluarkan salah satu daripada dua buah pinggangnya. Ayah pula sedang tekun membaca surah Yassin di kerusi di hadapan bilik bedah. Wajah ayah tampak tenang sekali. Berbeza dengan diriku yang sedari tadi gelisah menantikan selesainya pembedahan ke atas kedua-dua wanita yang aku sayangi.

Sedang aku berteleku di atas kerusi, pintu bilik bedah terbuka. Kelihatan beberapa orang sedang keluar dari bilik itu sambil membawa satu bekas yang ditutup rapi dan menuju ke bilik sebelah yang juga bilik pembedahan yang menempatkan emak sekarang. Aku menerpa ke arah mereka. Begitu juga dengan ayah.

"Bagaimana dengan keadaan isteri saya?" Terpacul soalan dari bibirku.

"Isteri encik selamat. Tapi sekarang dia masih belum sedar. Sebentar lagi dia akan di bawa masuk ke wad." Jawab seorang wanita yang keluar dari bilik bedah itu. Mungkin dia jururawat di situ.

"Terima kasih." Balasku pula. Tidak lama kemudian, mereka menyorong keluar sebuah troli. Farah sedang berbaring tidak sedarkan diri di atasnya. Pantas aku mendapatkan troli yang sedang ditolak itu. Aku capai tangan Farah lalu kugenggam erat. Kukucup berulang kali tangannya. Terasa sejuk sekali tangan isteriku.

"Maafkan kami encik. Kami perlu bawa isteri encik segera masuk ke dalam wad." Kata jururawat yang berdiri di hujung kepala troli itu.

"Boleh saya ikut sekali?" Soalku.

"Maaf encik. Buat masa sekarang pelawat tidak dibenarkan melawat pesakit memandangkan pesakit baru selesai menjalani pembedahan." Aku menganggukan kepala. Tiba-tiba terasa bahuku disentuh dari belakang. Aku pantas menoleh. Ayah sedang memandangku.

"Biarlah dulu Khairul. Farah sudah selamat. Kita tunggu emak kau pula. Dia sedang dibedah sekarang." Suara lembut ayah menampar cuping telingaku. Setelah mendengar kata-kata ayah, aku melepaskan genggaman tangan Farah lalu jururawat tersebut menolak troli Farah menghilang di sebalik pintu. Aku kembali duduk di kerusi.

"Ayah hendak ke mana?" Aku bertanya sebaik sahaja aku melihat ayah melintas di hadapanku.

"Ayah hendak ke surau, sembahyang Zohor." Balas ayah lalu beredar dari situ. Aku melirik ke jam tanganku, sudah hampir ke pukul dua petang. Sudah lama Zohor masuk. Aku sendiri belum lagi menunaikan solat Zohor. Hmmm... biarlah ayah sembahyang dulu. Kemudian baru aku pula yang pergi.

Setelah hampir lima jam para doktor dan jururawat berkurung di dalam bilik pembedahan, akhirnya mereka keluar juga. Di wajah mereka terukir keletihan yang amat sangat. Aku dan ayah segera mendapatkan mereka.

"Macam mana dengan pembedahan itu tuan doktor?" Soal ayah tidak sabar. Wajah ayah sungguh cemas menantikan jawapan persoalannya kepada doktor tersebut.

"Alhamdulillah, pemindahan buah pinggang itu berjaya dilakukan. Buat masa sekarang kita hanya perlu menunggu dan melihat samada sistem tubuh badan isteri Encik Said dapat menerima buah pinggang tersebut atau tidak. Sama-samalah kita berdoa ya!" Doktor itu menepuk-nepuk bahu ayah sambil mengukir senyuman.

"Terima kasih tuan doktor kerana menyelamatkan isteri saya." Ucap ayah lalu menyalami tangan doctor tersebut.

"Oh, tak perlu berterima kasih. Memang tugas saya. Lagipun saya hanya berusaha, hanya Allah sahaja yang menentukannya." Balas doktor itu sebelum meminta diri untuk beredar. Sekali lagi ayah menyalami tangan doktor. Aku juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih lalu bersalaman dengannya.

Ayah menadah tangan lalu ucapan syukur diucapnya berulang kali tanda syukur ke hadrat Ilahi. Aku dan ayah saling berpelukan akhirnya. Kulihat ayah menitiskan air mata kegembiraan. Sepanjang tiga puluh lima tahun aku hidup, belum pernah aku melihat air mata di wajah ayah. Kali ini nampaknya ayah tewas dengan perasaannya sendiri. Betapa dalamnya kasih ayah buat emak.

 


Posted at 01:44 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry