Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Saturday, November 19, 2005
Bab 35 - Khairul

“Farah, dah seminggu sayang begini. Sudah seminggu Farah membisu begini. Abang boleh jadi gila kalau Farah berterusan begini.” Aku sudah tidak tahan melihat keadaan Farah yang langsung tidak mahu bercakap denganku. Suaranya hanya kedengaran sewaktu dia bersama-sama dengan anak-anakku.

Seperti biasa, kata-kataku bagaikan angin lalu sahaja padanya. Dia hanya memandang wajahku tanpa bicara dan kemudiannya terus beredar meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku sudah tidak tahan menghadapi situasi begini.

“Farah, abang tahu abang telah melukakan hati Farah. Mungkin juga telah memusnahkan hidup Farah, tapi abang minta maaf. Jikalah abang dapat lakukan sesuatu untuk menebus kesilapan abang, katakanlah… abang sanggup lakukan. Asalkan Farah kembali seperti dahulu. Janganlah terus membisu begini.”

Kali ini riak wajahnya berubah. Dia kelihatan tersenyum sedikit. Dia kembali memandang wajahku.

“Sebelum abang gila, Farah sudah gila dahulu. Mungkin juga terus mati lantaran kekecewaan yang amat menyakitkan ini.”

Terpana aku mendengar kata-katanya. Lantas aku memeluknya dengan erat. Tetapi tiada reaksi langsung darinya. Aku melepaskan pelukanku perlahan-lahan. Kutatap wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata.

“Please, jangan sebut pasal mati. Abang tak sanggup kehilangan Farah. Abang sayangkan Farah.”

“Lebih baik Farah mati daripada hidup menanggung kekecewaan. Lagipun, abang tidak pernah menerima Farah sebagai isteri abang. Hanya sekadar pengasuh buat Farhan dan Azim.” Mendatar sahaja dia bersuara. Wajahnya dipalingkan dari memandangku.

“Abang sayangkan Farah, sungguh!”

“Tak, abang tak pernah sayangkan Farah. Kata-kata abang dusta dan hanya lakonan semata-mata.” Nampaknya sudah hilang kepercayaannya buatku. Sedikitpun kata-kataku tidak memberi kesan padanya. Dia benar-benar amat membenciku.

Selepas menuturkan kata-kata itu, dia terus berlalu dariku. Dia mendapatkan Farhan dan Azim yang sedang leka menonton tv. Dia kemudiannya terus bergurau dengan anak-anakku. Mereka bergelak ketawa. Aku hampir gila melihat keadaannya sekarang. Aku tahu dia mengalami tekanan perasaan yang amat teruk tika ini.

Dia berlagak selamba di hadapan anak-anak untuk menutup kekecewaan yang merajai di hatinya tika ini. Bagaimana dia boleh setabah itu? Aku semakin kagum dengan wanita ini. Namun apalah gunanya sekarang, kami diibaratkan dua insan yang begitu asing walaupun tinggal serumah. Aku seolah-olah tidak wujud langsung di sini. Kami sudah terpisah jauh, teramat jauh sebenarnya.

 


Posted at 02:25 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry