Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Thursday, November 24, 2005
Bab 38 - Farah


Berderau darahku setelah mendengar permintaan dari emak. Aku memandang wajah Khairul di sebelahku. Dia juga agak terkejut dengan kata-kata emak. Perlahan-lahan dia menggenggam tanganku.

“Apa salahnya kalau Farah bekerja emak. Lagipun selama kami berkahwin, belum pernah dia abaikan Farhan dan Azim. Anak-anak saya dijaga dengan elok. Lagipun budak-budak sendiri tak merungut.” Nampaknya Khairul membelaku. Aku menarik nafas kelegaan. Permintaan emak agar aku berhenti kerja dan mengasuh Farhan dan Azim amat tidak dipersetujui olehku.

“Habis tu, masa kau kahwin dengan dia dulu alasan kau agar dapat jaga anak-anak kau. Kalau hendak jaga anak-anak kau, kenalah berhenti kerja dan tumpukan pada rumahtangga.” Emak tetap berkeras dengan keputusannya. Aku semakin gelisah. Aku menjeling kepada Khairul di sebelahku. Dia hanya tersenyum melihat gelagatku. Aku mengetap bibir kegeraman.

“Memanglah pada mulanya dulu saya kata begitu. tapi, tak salah kalau Farah bekerja. Lagipun apa gunanya dia belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya perapkan saja ijazah dia tu.” Emak menjeling ke arah Khairul.

“Kau asyik menangkan isteri kau saja.” Rungut emak perlahan. Khairul ketawa kecil lalu menarik aku ke dalam pelukannya. Semenjak kedatangan emak dan ayah, dia menonjolkan sikap romantiknya terhadapku secara terang-terangan di hadapan mereka. Kadang kala tak semena-mena dia mengucup pipiku di hadapan emak dan ayah. Tersipu-sipu aku menahan malu di hadapan ayah dan ibu mertuaku.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku membiarkan Khairul menjawab bagi pihak diriku. Aku tahu, dia mengetahui gelodak yang sedang berkocak di dalam perasaanku tika ini. Melihatkan dia bersungguh-sungguh mempertahankan dirik, aku merasa amat terharu. Walaupun mendapat layanan dingin dariku, dia tetap tidak berubah malah semakin hari semakin cuba untuk memenangi hatiku.

“Beginilah emak, Farhan dan Azim semakin membesar dan sudah pandai untuk menguruskan diri sendiri. Sementara Farah masih belum mengandung, biarlah dia bekerja dulu. Saya janji, bila dia sudah mengandung nanti, saya sendiri akan buatkan surat pemberhentian kerjanya.” Terpempan sebentar aku mendengar kata-kata suamiku itu. Aku mencubit tangannya lalu menarik muka masam.

“Aduh!! Ada ketam rupanya dalam rumah nie.” Ujarnya berseloroh lalu ketawa kecil. Ayah yang menyedari gelagatku pula ketawa besar.

“Betul kata Khairul tu Limah. Sementara Farah belum berisi, biarlah dia bekerja dulu. Lagipun orang perempuan zaman sekarang lebih suka bekerja. Walaupun mereka keluar bekerja, tak semestinya mereka mengabaikan rumahtangga.” Kata-kata ayah hanya disambut dengan cebikan bibir emak. Ayah tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepala melihat gelegat emak. Setelah mendengar kata-kata ayah, emak tidak menyahut sebaliknya terus beredar dari situ. Hatiku terasa dengan perbuatan emak namun aku pendamkan sahaja di dalam dati.

“Sudahlah Farah. Kau jangan ambil hati sangat dengan cakap mak kamu tu. Dia memang macam tu, tapi niat dia baik. Dia sebenarnya mahu cucu-cucunya terurus. Tapi, ayah faham keadaan kamu. Kamu lebih suka bekerja. Lagipun, dapat juga membantu dalam urusan kewangan keluarga kamu.” Ayah cuba untuk memperbetulkan keadaan.

“Tak mengapa ayah. Farah faham dengan niat emak tu. Cuma Farah belum terasa mahu berhenti lagi. Insyaallah, kalau sampai masanya nanti, Farah akan berhenti juga.” Ayah hanya menganggukkan kepalanya tanda faham dan kemudian meminta diri. Dia menuju ke halaman rumah sambil mendukung Azim.

“Abang tak kisah kalau Farah hendak terus bekerja. Abang takkan halang. Dengan gaji abang sekarang sudah cukup untuk menyara keluarga kita. Tapi, abang tahu Farah takkan bersetuju jika abang mahu Farah berhenti kerja. So, terpulanglah pada Farah sendiri. Asalkan jangan abaikan tanggungjawab Farah dalam rumah ini, sudahlah.” Khairul memberikan kata-kata semangat buatku. Terharu dengan bicaranya.

“Terima kasih bang kerana tidak mendesak Farah. Tapi, emak…” Kata-kataku terhenti di situ. Aku memandang wajahnya.

“Jangan risau. Emak akan faham suatu hari nanti.” Ujarnya lalu mengemaskan rangkulan tangannya di pinggangku.

“Tapi kenapa abang beri syarat begitu pada emak?” Aku mempersoalkan kembali syarat yang diutarakan kepada emak. Aku cuba meloloskan diri dari rangkulannya, tapi tidak berjaya. Semakin erat pula rangkulannya hingga aku berasa tidak selesa.

“Hanya itu yang terlintas dalam fikiran abang.” Dia ketawa kecil.

“Kenapa? Gelisah saja?”

“Abang peluk kuat sangat, sakitlah!” Desisku perlahan dan cuba meleraikan rangkulannya sekali lagi tapi tidak berjaya.

“Tak apalah. Bila lagi nak peluk Farah macam nie. Malam-malam asyik peluk bantal saja.”

“Isy… gatallah abang nie!” Pipiku mula merona merah. Apa kena dengan dia nie? Semakin berani mempamerkan kemesraan terhadapku. Kadang-kala sedikit sebanyak memberi kesan di hatiku. Namun, apabila memikirkan kata-katanya dulu… argghhhh…

“Farahlah tolong garukan. Emmm… tidur dalam bilik abang ya malam ini?” Dia tidak henti-henti memujuk aku kembali ke biliknya. Namun, hatiku masih belum dapat menerima ucapan maaf darinya.

Aku tidak menjawab sebaliknya aku terus merungkaikan rangkulannya dan cepat-cepat beredar dari sisinya. Aku bukannya barang permainan yang boleh kau gunakan sesuka hatimu. Aku manusia, ada perasaan. Setelah hatiku kau guris hingga robek, kau cuba untuk sembuhkannya dengan menambahkan lagi kelukaannya. Maafkan Farah, abang. Terlalu sukar untuk Farah menerima abang lagi. Biarlah kita begini saja. Demi Farhan dan Azim, Farah akan setia di sini sebagai ibu mereka dan bukannya sebagai isterimu walaupun hak Farah itu sudah kuhulurkan kembali padaku. Namun untuk menerimanya setelah apa yang berlaku, tidak mungkin!


Posted at 10:02 am by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry