Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Thursday, November 24, 2005
Bab 39 - Farah

Aduh!!! Berdenyut-denyut kepalaku. Sejak pagi lagi ianya berdenyut. Aku kirakan bila sudah sampai di pejabat, sakitnya akan berkurangan. Nampaknya semakin menjadi-jadi hingga aku terpaksa berbaring di bilik rehat.

“Tak kurang lagi sakitnya?” Sapa Hanim yang datang menjengukku di bilik rehat. Aku membuka mataku. Dia sedang menghulurkan segelas air suam padaku. Aku cuba bangun dari pembaringan tapi sebaik sahaja aku cuba bangun terasa berpusing keadaan sekelilingku. Aku kembali berbaring sambil memicit-micit dahiku.

“Belum, agaknya migrain aku datang baliklah.” Ujarku perlahan. Kemudian terasa tangan Hanim membantuku memicit kepalaku. Aku membiarkan jari-jemarinya bermain-main di kepalaku.

“Aku panggil Khairul ya. Minta bawa kau ke klinik.” Pinta Hanim.

“Jangan, sikit aje nie. Lagipun dia tak ada di pejabat. Dia out-station tiga hari. Kejap lagi baiklah. Lagipun aku dah telan panadol tadi. Kalau aku dapat tidur sekejap, oklah.” Aku enggan membenarkan Hanim memberitahu Khairul.

“Hanim, aku risaulah. Mak mertua aku mahu aku berhenti kerja.”

“Kenapa pula?” Ternyata Hanim amat terkejut dengan berita yang aku bawa.

“Dia mahu aku duduk di rumah dan mengasuh cucu-cucunya. Tapi, aku keberatanlah nak berhenti. Aku suka dengan kerja aku nie. Tapi, dia berkeras sangatlah.” Aduku pada Hanim. Pening kepalaku sedikit lega apabila mendapat urutan dari Hanim. Aku cuba bangun dengan dibantu oleh Hanim.

“Agaknya kau terlalu fikirkan pasal hal itulah sampai kau sakit macam nie?” Duga Hanim.

“Agaknyalah. Tapi, aku dah buntu. Tak tahu apa yang perlu aku katakan.”

“Mintalah Khairul bantu kau pujuk emak dia. Takkanlah tak boleh tolong isteri sendiri.”

“Sudah. Malah dia sendiri yang memberi syarat pada mak dia. Syaratnya, selagi aku tidak mengandung, selagi itulah aku boleh bekerja. Tapi, mak dia tak jawab apa-apa. Itu tandanya dia tetap dengan keputusannya mahukan aku berhenti kerja. Aku tak mahu berhenti. Aku sayangkan kerja aku.” Hampir menangis aku apabila menceritakan kepada Hanim. Hanim turut muram melihat keadaanku begini.

“Ikut sajalah kata-kata emak mertua kau tu.”

“Tak boleh Hanim. Hal-hal lain, aku boleh berunding. Tapi kalau soal kerja, aku rasa ralat sedikit. Aku ada tanggungjawab sendiri. Sekarang aku bertanggungjawab pada mak dan abah aku. Tiap-tiap bulan aku hantar duit pada mereka. Kalau aku berhenti nanti, macam mana aku hendak hantar duit pada mereka setiap bulan. Takkanlah aku mahu minta Khairul pula yang buat begitu. Sekurang-kurangnya aku dapat ringankan beban dia.” Tungkasku. Kepalaku kembali berdenyut-denyut. Tiba-tiba sahaja perutku bergelodak. Bagaikan mahu terkeluar semua isi perutku.

Aku pantas berlari ke sinki. Di situ aku memuntahkan segala isi perutku. Hanim menggosok-gosok belakangku. Setelah beberapa ketika, barulah aku berhenti. Terasa ringan kepalaku setelah muntah. Aku berkumur untuk mencuci mulutku. Tercungap-cungap aku seketika. Dadaku berombak kencang.

“Sudah, ikut aku ke klinik sekarang!” Tanpa sebarang bantahan, aku terus membontoti Hanim.

************************************************************************

“Tahniah puan! Puan bakal menjadi seorang ibu dalam masa enam bulan dari sekarang.” Berseri-seri wajah Doktor Salmah sewaktu mengkhabarkan berita gembira itu sedangkan aku bagaikan bermimpi. Terpaku aku mendengar kata-katanya itu.

“Saya mengandung?” Soalku meminta kepastian sekali lagi.

“Ya, puan mengandung. Anak sulung?”

Aku hanya tersenyum lalu mengorak senyuman hambar. Terasa badanku terawang-awang.

“Patutlah… Keadaan seperti ini biasa terjadi pada ibu-ibu yang baru pertama kali mengandung. Jadi, puan perlu….” Doktor Salmah memberi nasihat kepadaku tetapi semua itu bagaikan angin lalu sahaja padaku. Tidak sedikitpun melekat di ingatanku.

Hanya sekali! Hanya sekali sahaja, aku telah mengandungkan zuriatnya. Benihnya sedang berkembang di dalam rahimku. Aku hamilkan anaknya sekarang. Adakah aku gembira? Atau adakah aku tidak mengharapkan kehadiran anak ini? Tetapi, aku memang menginginkan zuriat sendiri. Namun, kehadirannya sekarang sewaktu aku sudah hampir membuang jauh-jauh perasaanku terhadap dia. Bagaimana harus aku lakukan?

Jika aku memberitahunya, sudah tentu aku akan dipaksa berhenti kerja. Aku tak sanggup. Jika ada apa-apa berlaku pada hubungan kami nanti, bagaimana aku mahu meneruskan hidup aku. Aku sayangkan kerja aku di sini. Oh Tuhan!! Berat benar dugaan-Mu padaku. Tidak tertanggung lagi rasanya.

“Puan? Puan Farah?” Tersentak aku dari lamunan yang jauh apabila Doktor Salmah memanggil-manggil namaku.

“Ya… ya!” Sahutku tergagap-gagap.

“Tak ada apa yang perlu puan risaukan. Semuanya akan berjalan seperti biasa jika puan mengikuti nasihat saya tadi.” Ujarnya lalu tersenyum senang. Aku membalas senyumannya. Nasihat? Entah apa yang dikatakan oleh doktor ini, aku pun tak tahu. Sedikitpun aku tidak ambil perhatian.

Aku kemudiannya meminta diri. Sebaik sahaja, aku membuka pintu bilik Hanim menerpa kepadaku. Dia memimpin aku dan mengarahkan aku duduk di kerusi sementara menunggu giliran mengambil ubat.

“Apa kata doktor?” Soalnya tidak sabar.

“Emm… doktor kata perut aku masuk angin. Sebab semalam aku tak makan. Lagipun tekanan darah aku rendah. Itu yang pening-pening tadi.” Aku berbohong kepada Hanim. Aku tidak mahu dia mengetahui keadaanku dan akan menghebohkannya kepada rakan sekerja. Yang paling aku takutkan seandainya Khairul sendiri yang mengetahuinya. Nanti, sudah tentu dia akan memaksa aku berhenti kerja.

Aku sayangkan kerja aku. Aku juga sayangkan Farhan dan Azim. Aku tak mahu kehilangan kedua-keduanya. Tamakkan aku dalam membuat keputusan dalam hidupku ini? Atau aku terlalu pentingkan diri sendiri hingga memaksa diriku untuk menyembunyikan tentang kehamilan aku ini. Tapi, kandungan ini semakin hari akan semakin membesar. Bagaimana harus aku sorokkan? Aduh… sakit di kepalaku semakin mencengkam.


Posted at 10:03 am by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry