Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Thursday, January 12, 2006
Bab 41-Farah

Dua hari di rumah tanpa Farhan dan Azim, kurasakan begitu sepi sekali. Aku mulai rindukan gelak ketawa dan celoteh mereka berdua. Ketiadaan Khairul menambahkan kebosanan aku di sini. Kesihatanku semakin baik. Aku sudah tidak mengalami mual atau loya. Malah badanku juga semakin segar.

Di rumah aku hanya melakukan kerja-kerja ringan sahaja. Nasib baiklah anak-anak tiada di rumah. Tidaklah teruk aku mengemas barang-barang permainan mereka. Walaupun mereka nakal, namun tidaklah sampai membuatkan aku hilang sabar. Terutama sekali Farhan yang amat gemar mengusik adiknya, sekali-sekali memeningkan kepalaku juga. Apabila dia nampak seperti aku mahu memarahinya, dia akan cepat-cepat datang memelukku dan mengucup pipiku. Hilang perasaan marahku padanya.

Rindunya pada Farhan dan Azim. Rasanya elok aku ke sana untuk mengambil mereka. Lagipun esok, papanya sudah pulang. Lebih elok kalau ada anak-anak sekali. Rasa janggal pula bila tiada mereka. Kalau anak-anak tiada, sudah tentu aku terpaksa tidur di dalam biliknya. Ish… kenapa pula. Emak dan ayahkan sudah pulang. Jadi, bolehlah aku pindah semula ke dalam bilikku. Bagus juga. Selepas berkemas barulah aku pulang ke kampung untuk mengambil anak-anak.

Jika aku kembali ke bilikku semula, apa pula kata Khairul? Apa pula tanggapannya padaku nanti? Adakah apa yang aku lakukan itu betul atau mengeruhkan lagi suasana? Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan? Tambahan pula aku sedang mengandungkan zuriatnya. Wajarkah aku menyembunyikan tentang kandungan ini darinya? Padahal dia berhak tahu kerana dia adalah bakal ayah buat anakku ini. Jika aku memberitahu akan berita itu, apa pula tindakannya nanti? Pelbagai kemungkinan yang akan dilakukannya. Argghhh… aku buntu… buntu..!!!

Walau macam manapun aku tetap akan berpindah masuk semula ke bilikku. Aku tidak sanggup menghadapinya lagi. Tambahan pula keadaanku yang sudah berbadan dua ini, pasti menimbulkan syak terhadapnya jika aku mual atau loya sekali sekali. Dia sudah berpengalaman sebelum ini sewaktu Linda menghamilkan Farhan dan Azim. Sudah tentu dia lali dengan keadaan orang mengandung.

Aku juga fikir, buat sementara ini biarlah ia menjadi rahsia dahulu. Keadaan kami tidak begitu baik kebelakangan ini dan banyak masalah yang wujud di antara kami berdua. Aku sendiri yang bermasalah sebenarnya. Tidak dapat menerima kehadirannya lagi walaupun aku tahu sudah banyak kali dia mencuba. Namun, hati ini begitu keras untuk menerimanya kembali.

Aku akui, perasaan kasih masih bersisa di hatiku. Cuma kesan perbuatan dan kata-katanya dahulu yang menjadi tembok pemisah perhubungan kami. Terlalu sukar untukku memaafkan dirinya. Adakah aku mementingkan diri sendiri? Tapi, aku rasa tidak. Anak-anaknya tetap kulayan dengan baik. Tidak sanggup aku berpisah dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua bagaikan nyawaku.

Ah! Sudah lama aku mengelamun. Aku perlu mengemaskan barang-barang dan pakaianku ke dalam bilikku semula. Sekejap lagi aku perlu bergegas ke kampung untuk mengambil Farhan dan Azim.

Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus menaiki anak tangga lalu menuju ke dalam bilik Khairul. Aku mengangkut kesemua barang-barang kepunyaanku masuk ke dalam bilikku semula. Dan aku mula mengemas dan meletakkan semua barang-barangku. Hampir sejam aku mengemaskan bilikku.

Setelah memastikan segalanya telah selesai, aku bersiap pula untuk ke kampung emak Khairul. Aku mahu membawa pulang Farhan dan Azim.

Aku memulakan perjalanan tepat pukul sepuluh pagi.

Posted at 01:28 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry