Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Friday, April 22, 2005
Bab 2 - Farah


Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu lif. Aku menekan butang lif. Aku terpaksa menunggu seketika sementara pintu lif terbuka. Sedang aku melamun tiba-tiba bahuku dicuit orang dari belakang. Aku pantas menoleh. Kelihatan Hanim sedang tersengih memandangku.

"Awal kau sampai hari nie? Azam baru ke?" Soalku lalu melemparkan senyuman buatnya.

"Tak adalah. Hari ini husband aku kena pegi outstation. Kereta dia masuk bengkel, so kena drive kereta akulah. Sebelum pegi, dia hantar aku dulu. Itu yang terawal hari ni. " Terang Hanim ramah. Aku menganggukkan kepalaku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka dan kami pun melangkah masuk bersama-sama.

Sebelum sempat Hanim menekan butang untuk menutup pintu lif, kedengaran suara garau yang menahan mereka dari menutup pintu lif itu. Aku sibuk membetulkan bajuku yang terlekat habuk.

"Terima kasih." Kata lelaki itu sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Tika itu aku masih lagi tidak memandang akan wajah lelaki itu.

"Morning Farah." Sapa lelaki itu.

"Morning." Aku membalasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Setelah aku pastikan bajuku bersih barulah aku mengangkat wajahku. Khairul!

Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya dengan senang hati. Hanim pula kelihatan kehairanan melihat kami berdua.

"By the way, kenalkan ini rakan sepejabat aku, Hanim. Hanim, ini kawan lama aku, Khairul." Aku memperkenalkan mereka berdua. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda perkenalan.

"Kau memang selalu awal ke?" Soal Khairul lalu menekan butang nombor tujuh.

"Aku memang selalu datang awal. Saja nak mengelak traffic jammed." Balasku ramah.

"Lawa pulak aku tengok kau sekarang." Kata Khairul bersahaja. Aku agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanim pula tersenyum-senyum memandang kami berdua. Pipiku pula mula merona merah.

"Eh! Aku memang lawa sejak azali." Balasku bersahaja untuk menutup rasa malu di hati. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.

Tak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat lima. Aku dan Hanim melangkah keluar. Hanya tinggal Khairul sahaja kerana pejabatnya di tingkat tujuh.

Aku melambai kepadanya sebelum pintu lif kembali tutup.

"Handsomenya!" Kata Hanim beria-ia.

Aku hanya tersenyum senang.

"Aku rasa dia sesuai untuk kau." Kata Hanim lagi.

"Dia kawan saja. Lagipun dia dah kawin la. Dah ada anak dua pun." Balasku lalu meninggalkan Hanim terpinga-pinga. Aku ketawa mengekek sepanjang jalan menuju ke bilikku.


Posted at 09:02 am by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry