Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Friday, April 22, 2005
Bab 3 - Farah

Belum pun sempat aku melabuhkan punggung ke kerusi, muka Hanim sudah menjengah ke dalam bilikku. Wajahnya yang penuh tanda kurenung selamba.

Tanpa dipelawa, dia duduk di kerusi di hadapanku. Dia memandang wajahku dengan serius.

"Kenapa?" Soalku lalu menyandarkan badanku ke kerusi.

"Betulkah dia dah kahwin?" Soal Hanim pula bersungguh-sungguh.

Berderai tawaku setelah mendengar kata-kata Hanim. Kenapalah dia nie nak tahu sangat pasal Khairul? Tak berubah-ubah perangai dari belum kahwin sampai dah kahwin. Pantang nampak lelaki yang tampan, mulalah tak senang duduk. Teruk betul kawan aku nie!

"Ketawa pulak dia. Kau jangan tipu aku! Dulu sekali kau tipu aku, pasal si Badrul. Kau kata dia dah ada anak, padahal bujang trang tang-tang. Lagi satu Yassin, kau kata dia bujang. Padahal dah anak tiga." Tangan Hanim membelek-belek jambangan bunga di atas mejaku. Aku hanya tersenyum memandang Hanim.

"Kau tu, tak berubah-ubah perangai gatal kau tu. Ingat sikit, kau tu dah jadi isteri orang." Selamba sahaja aku memerli Hanim. tapi, Hanim hanya mencebikkan bibirnya.

"Ala, aku dah taubatlah. Aku just nak tolong 'match'kan dengan kau. Kau tu bukannya muda lagi, dan nak masuk tiga puluh. Takkanlah nak tunggu putera kayangan masuk meminang."

"Kalau betul ada putera nak meminang aku macam mana?" Aku bergurau.

"Eleh, perasan." Hanim menjeling padaku.

"Sudahlah, jom pegi minum. Aku tengah lapar nie." Aku sudah bangun dan mengambil dompet. Manakala Hanim masih setia menanti jawapan dari mulutku.

"Kau tak nak makan sudah. Kau tunggulah sorang-sorang dalam pejabat nie. Nanti kalau ada benda kacau, aku tak nak tolong." Sebaik sahaja habis ayatku, dia terus bangun lalu menapak mendekati aku. Aku tersengih melihat gelagatnya yang sememangnya seorang yang penakut.

"Mulut... tak ada insuran langsung." Balas Hanim perlahan. Kemudian aku dan dia turun semula untuk menikmati sarapan pagi.


Posted at 09:09 am by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry