Nama : Yazz
Alamat : Petaling Jaya, Selangor
YM id : yazreina
yazreina@yahoo.com

sedang melepak kat sini..
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur disebalik kejora tersembunyi?

Seandai engkau bisa nampak dan mengerti,
Antara ikrar dan sabda dari naluri,
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini,
Ada azimat yang berkalimat penuh erti,
Naluri datang asalnya ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap kali

Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jalinan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka teruskanlah
Untuk kau dan aku...




Kasih Tak Terucap

hasil karya seorang teman
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|
14|15|16|17|18|19|20|21|22|23|24|25|26|
27|28|29|30|31|32|33|34|35|36|37|38|
39|40|41|42|


§Bloggers§

Ayzan
Iansuryani
mommyhazel
Kak Liza(acadian)
Kak liza (mdc)
Salleh Kamil
EvaJaque
Ketumbar
Aleeya
Superman
Ryna's
Yatie
malaydiva
pezal

hatt-beckham
MayaMeera


E-Novels

Tanah Andriyana
Nyanyian Tanjung Sepi
Salina Ibrahim
Mencari Cinta
Sesuci Cinta
Cinta Di Hati
Hlovate's Hikayat
Hlovate's Cerita
Cinta Gadis Bisu
Kasih Seharum Lavendar


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Monday, April 25, 2005
Bab 5 - khairul

Aku memandang gagang telefon yang masih belum aku letakkan ke tempatnya. Farhan di pangkuanku sibuk membelek kereta mainannya. Aku mengucup kepalanya. Dia mendongak sambil tersengih.

"Farhan nak jumpa dengan kawan mama tak?" Perlahan-lahan aku mengusap kepalanya. Azim pula terkedek-kedek berjalan mendekati aku. Segera aku dukung anak kecilku dan mengucup pipi tembamnya. Dia mengekek ketawa suka hati.

Farhan pantas menganggukkan kepalanya. "Bila kita nak pi?" Soalnya masih pelat.

"Sekejap lagi kita pegi ye."

"Yeaa..." Farhan bersorak riang. Apalah yang dia tahu dalam usia yang masih begitu muda. Hanyalah keseronokan. Tapi sungguh malang nasib anak-anakku. Kehilangan kasih sayang mamanya. Terasa bergenang airmata di kelopak mataku. Tapi, segera aku seka dengan jariku.

"Azim nak ikut?" Azim hanya terpinga-pinga memandang aku. Mungkin masih belum memahami butir kata aku walaupun dia juga sudah pandai bertutur ayat-ayat yang senang.

"Kita nak jumpa kawan mama." Terangku walaupun aku tahu dia tidak memahami kata-kataku. Aku mengucup pipinya lagi.

"Ma? Nak..." Balas Azim lalu cuba melepaskan diri dari dukungan. Segera aku letakkan dia, terkedek-kedek dia berlari mengikut abangnya yang sedang bermain kapal terbang mainan pula.

Hmm... baik aku pergi mandikan budak-budak ni. Dah dekat pukul satu, nanti terlewat pula. Belumpun aku bangun, telefon berdering! Hatiku bagaikan terhenti seketika. Farahkah yang telefon? Dia tak jadi keluarkah? Dalam tertanya-tanya begitu, aku gagahkan diri untuk mengangkat telefon yang masih menjerit-jerit minta diangkat.

"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Khairul, ini mak nie." Kedengaran suara emak di hujung talian. Aku menghela nafas lega.

"Ya mak, ada apa hal?"

"Cucu-cucu mak apa khabar?"

"Mereka berdua baik mak. Janganlah mak risau." Perlahan sahaja suaraku menuturkan ayat.

"Bila kau nak bawa balik cucu-cucu mak tu? Mak dah rindu pada mereka. Khairul, berapa kali dah mak minta hendak menjaga anak-anak kau tu, tapi kenapa kau tak beri. Kenapa? Kau tak percayakan mak ke?" Sayu suara emak. Aku tahu, sejak kematian Linda, emak memang berhajat mahu menjaga Farhan dan Azim. Cuma aku sahaja yang keberatan hendak membiarkan emak menjaganya. Bukannya apa, kalau aku berikan pada emak menjaga Farhan dan Azim, apa pula kata emak dan ayah Linda. Mereka juga ingin membela cucu-cucu mereka ini. Takkanlah aku hendak membahagikan anak-anakku untuk dijaga. Aku tak rela mereka dipisah-pisahkan begitu. Jalan terbaik, biarlah aku yang menjaganya.

"Mak, bukan begitu. Saya rasa saya mampu menjaga mereka. Tak perlulah mak risau." Pujukku berhati-hati takut jikalau hati emak terguris.

"Carilah pengasuh buat budak-budak tu."

"Saya memang ada pengasuh untuk menjaga budak-budak. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja, saya akan hantar mereka ke rumah pengasuh tu. Semuanya berjalan baik mak. Janganlah risau." Aku tahu emak agak keras hati. Kena betul-betul memujuknya.

Terdengar emak mengeluh perlahan. Dia mendiamkan diri agak lama. Mataku melingas ke jam di dinding. Lagi lima belas minit pukul satu. Tak boleh jadi, nanti aku terlewat.

"Err... mak, saya nak keluar bawak Farhan dan Azim makan." Beritahuku.

"Baiklah. Kalau ada masa nanti, baliklah kampung bawa anak-anak." Ucap emak sebelum mematikan talian. Aku hanya mengiyakan kata-kata emak.

Setelah meletakkan ganggang telefon, aku bergegas mendukung Azim dan menuntun Farhan masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.


Posted at 05:36 pm by yazreina
 

Previous Entry Home Next Entry