Kasih Tak Terucap
Bab 58 - Khairul
      <description>Perkarangan tanah perkuburan kembali sunyi. Orang ramai yang mengiringi jenazah Farah mula pulang ke destinasi masing-masing. Kini yang tinggal hanyalah aku seorang sedang mengadap kubur Farah, isteriku yang masih merah. 
Farah, mengapa kau tinggalkan abang sepertimana Linda tinggalkan abang dulu. Mengapa kamu berdua pergi ketika abang amat memerlukan kasih dan sayang dari kamu berdua? 
Abang banyak menyiksa perasaanmu Farah. Sepanjang kau menjadi isteri abang, abang tahu kau tidak bahagia seperti isteri-isteri mereka yang lain. Kau banyak memendam perasaan. Kau juga banyak makan hati... (more)</description>
Bab 57 - Khairul
      <description>Farah masih lagi tidak sedarkan diri. Wajahnya begitu pucat. Tangannya yang berada dalam genggamanku begitu sejuk. Nafasnya begitu perlahan hingga seakan tidak kedengaran langsung bunyi nafasnya. 
"Papa, kenapa lama sangat Auntie Mama tidur?" Farhan yang berada di sebelahku menyoal. Awal-awal pagi lagi ayah datang bersama Farhan dan Azim. 
"Auntie Mama sakit. Jadi, dia kena rehat." Balasku lalu tersenyum hambar. 
"Auntie Mama pun sakit macam mama dulu ke? Nanti Auntie Mama pun nak tinggalkan kita macam mama dulu ke?" Begitu petah sekali mulut comel itu menyoalku. Aku menjadi gugup apabila... (more)</description>
Bab 56 - Khairul
      <description>Hampir satu jam Farah dimasukkan di dalam bilik kecemasan. Sudah beberapa kali aku berjalan berulang-alik di hadapan pintu bilik itu. Namun, tiada tanda-tanda doktor atau jururawat akan keluar dari bilik itu. Aku semakin gelisah. Pelbagai kemungkinan yang buruk bermain-main di fikiranku. Ya Allah, kau selamatkan isteriku. Permudahkanlah kesulitan yang dihadapinya. 
"Khairul, cuba bawa bertenang. Insyaallah Farah tak apa-apa." Emak bersuara. Aku berpaling kepada emak. Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya. Aku mengambil tempat di sebelahnya. 
"Saya risau kalau apa-apa terjadi pada dia dan... (more)</description>
Bab 55 - Farah
      <description>"Farah!! Jangan duduk di luar waktu maghrib begini. Tak elok. Sudah, masuk dalam. Khairul, bawa masuk isteri kamu ke dalam!" Emak mertuaku melaung dari dalam rumah. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk tanda faham. Aku menghabiskan kerjaku menyiram pokok bunga di halaman rumah. Khairul pula sedang menyapu daun-daun pokok yang berselerak gugur ke bumi. Sesudah selesai menyiram, aku menuju ke paip lalu memutarnya untuk menghentikan pengaliran air. Aku menyangkut paip getah itu di kepala paip lalu menuju ke buaian. Aku melepaskan lelah di atas buaian. Tidak lama kemudian, Khairul menyertaiku... (more)</description>
Bab 54 - Farah
      <description>Hari minggu merupakan hari yang aku nanti-nantikan. Ini kerana pada hari minggulah aku dapat mengemas rumah dan melihat-lihat keadaan persekitaran halaman rumah. Selalu juga aku menggembur-gembur tanah pokok-pokok bunga yang aku tanam di halaman rumah. Sedikit sebanyak keluar juga peluh. Sekali sekala aku akan mengajak Hanim suami isteri datang ke rumah untuk makan tengahari. Tapi kini Hanim sudah tidak lagi menetap di kota ini. Dia mengikut suaminya yang telah ditukarkan ke Sabah sebulan lalu. Kini hanya telefon sahaja yang menghubungkan kami. Ahh... rindunya aku pada gelak tawamu, Hanim.... (more)</description>
Bab 53 - Khairul
      <description>Aku kebingungan. Farah memang tidak dapat memaafkan aku. Perbualan kami semalam berakhir setelah Farah memintaku agar pulang sahaja dan dia mahu sendirian. Aku memang berat hati untuk pulang dan jika boleh aku mahu berada di sisinya selalu. Tambah-tambah lagi dalam keadaannya yang sedang hamil. 
Pelawaanku untuk menemaninya ditolak mentah-mentah. Memang aku bagaikan sudah tidak wujud dalam hidupnya. Dia seperti sudah menyingkirkan aku dari hidupnya dan tidak memerlukan aku sebagai suaminya. Salah aku sendiri yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Menyesal pun... (more)</description>
Bab 52 - Farah
      <description>Tanganku menggigil sewaktu mengangkat minuman menuju pada Khairul yang sedang duduk bersandar di atas buaian di halaman rumah. Perlahan-lahan aku menapak mendekati meja yang letaknya berhampiran dengan buaian itu. Kehadirannya memang memeranjatkan aku. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di depan pintu pagar rumahku. 
“Jemput minum bang.” Ujarku kepadanya. Dia berpaling kepadaku lalu tersenyum manis. Dia kemudiannya bangun dan mendekati aku yang duduk di meja. Dadaku berdebar kencang. 
“Apa khabar Farah sekarang?’ Soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang kepadaku. Hatiku tidak keruan... (more)</description>
Bab 51 - Khairul
      <description>Kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Kak Bedah. Aku memerhatikan kereta itu dengan debaran di dada. Memang tidak silap lagi, kereta itu kepunyaan Farah. Dia membunyikan hon beberapa kali. Tidak lama kemudian, Kak Bedah keluar tergesa-gesa lalu membuka pintu pagar untuk memberi laluan kepada kereta Farah untuk masuk. 
Nampaknya penantianku selama dua jam tidak sia-sia. Betul kata Farhan bahawa Farah akan datang menziarahi mereka setiap hari Sabtu. Mungkin, tempat kerja barunya hanya bekerja lima hari seminggu. Jadi, ini memberi dia... (more)</description>
Bab 50 - Khairul
      <description>Hatiku lega apabila melihat kesihatan Farhan dan Azim kembali pulih. Selera makan mereka juga semakin bertambah. Aku amat gembira dengan perubahan ini. Namun, kegembiraan ini tidak mampu untuk menutup kesedihan yang bertapak di dalam jiwaku. 
Sudah puas aku mencari Farah. Dia bagaikan hilang tanpa dapat dikesan. Jejaknya juga langsung tidak dapat dikesan. Pernah juga aku menghubungi tempat kerjanya, namun jawapan yang aku terima amat menghampakan. Aku diberitahu bahawa dia telah berhenti kerja. Kadang kala terlintas juga di fikiranku untuk bertanya kepada Hanim, teman baiknya. Tetapi, aku... (more)</description>
Bab 49 - Farah
      <description>Sedari tadi aku tidak berenggang langsung dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua berada di dalam pangkuanku. Tubuhku dipeluk erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Kuusapi pipi Azim yang sedikit cengkung sedangkan dulunya tembam hinggakan membuatkan sesiapa sahaja yang nampak akan terasa ingin mencubitnya. Begitu juga dengan Farhan yang amat ketara berat badannya telah menurun. 
Hatiku diruntun pilu bila melihat keadaan mereka. Perasaan bersalah merajai di dalam hatiku. Mereka menjadi mangsa konflik di antara aku dengan papa mereka. Bukannya aku mahu keluar dari rumah itu. Aku boleh... (more)</description>